Nyamuk Aedes betina menjadi punca utama penyebaran virus denggi. Virus ini disebarkan apabila nyamuk menggigit orang yang dijangkiti dan kemudiannya menggigit orang lain.
Kenali nyamuk ini dengan ciri-ciri berikut:
Nyamuk Aedes membiak dalam air bersih yang bertakung seperti pasu bunga, baldi, dan longkang tersumbat.
Langkah 1
Membunuh nyamuk secara
berkesan di dalam rumah.
Langkah 2
Menghalau nyamuk untuk perlindungan
berterusan di dalam bilik tidur atau ruang tamu.
Langkah 3
Menghalau nyamuk untuk perlindungan
ketika beriadah di luar rumah.
Untuk membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. (Rujuk label untuk cara penggunaan)
Guna alat penghalau nyamuk seperti ubat nyamuk elektrik dan lingkaran nyamuk. (Rujuk label untuk cara penggunaan)
Tabur ke dalam takungan simpanan air setiap dua bulan sekali bagi membunuh jentik-jentik. (Rujuk label untuk cara penggunaan)
Ambil masa 10 minit setiap minggu untuk cari dan musnahkan kawasan pembiakan nyamuk.
Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang berwarna terang kerana nyamuk cenderung tertarik kepada warna gelap.
Elakkan keluar rumah pada awal pagi (6–8 pagi) atau lewat petang (6–8 malam) dan sembur aerosol dalam rumah pada waktu tersebut.
Guna kelambu pada tingkap dan katil untuk menghalang nyamuk daripada masuk dan menggigit ketika tidur.
Sapu losyen anti-nyamuk sebelum beraktiviti di luar rumah.
Demam panas secara tiba-tiba
(setinggi 40ºC)
Sakit kepala yang teruk
Sakit di belakang mata
Sakit otot, sendi dan tulang
Mual & muntah
Ruam kulit
Pendarahan kecil di hidung dan gusi atau mudah lebam
Jika alami simptom ini, segera dapatkan rawatan